Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Liverpool Tewaskan Watford 6-1

Anfield - Liverpool meraikan kejayaan besar semalam selepas berjaya menjinakkan Watford dengan jaringan 6-1 seterusnya berada di puncak liga. 

Beraksi di laman sendiri, The Reds nyata bijak menggunakan peluang untuk membuka jaringan minit ke-28 menerusi pemain dari Senegal, Sadio Mane. 

Gol kedua hadir 2 minit selepas gol pertama menerusi Philippe Coutinho dan gol ketiga pula menerusi bintang Jerman, Emre Can minit ke-43. 

Nyata tidak puas dengan kelebihan 3 gol, Liverpool terus mengasak gawang The Hornets pada separuh masa kedua menyaksikan Roberto Firmino menjaringkan gol keempat minit ke-57. 

Sadio Mane menambah tekanan buat Watford apabila menjaringkan gol keduanya dan gol kelima Liverpool minit ke-60 perlawanan. 

Gol sagu hati Watford hadir minit ke-75 perlawanan menerusi Daryl Janmaat namun  The Reds menambah derita Watford apabila Georginio Wijnaldum menyumbat gol keenam pada masa tambahan. 

Kemenangan ini meletakkan  menyaksikan Liverpool merampas kedudukan persada liga kelebihan satu mata di hadapan Chelsea, manakala Manchester City berada di tangga ketiga.