Thursday, June 21, 2018
vital-top
updated 11:35 AM UTC, Jun 21, 2018

Badminton Terbuka Bitburger - Beregu Negara Ong Yew Sin/Teo EeYi Juara

  • Published in Sukan

Jerman - Pasangan bukan pilihan beregu negara, Ong Yew Sin/Teo EeYi mengejutkan pilihan ke lapan kejohanan yang juga jaguh tempatan, Michael Fuchs dan Johannes Schoettler dalam straight untuk menjulang kejuaraan. 

Sementara, pemain china terus mendominasi empat kategori lain. 

Beregu negara Ong Yew Sin / Teo ee Yi yang baru digandingkan pada November tahun lalu terus menghadirkan kematangan. 

Menentang pilihan kelapan dari Jerman, Micheal Fuchs / Johannes Schoettler, tidak menggentarkan Ong dan Teo menang set pertama 21-16. 

Mereka terus kental di set kedua untuk mengesahkan kejuaraan dengan kemenangan 21-18. 

Ini merupakan gelaran keempat mereka selepas muncul juara di Portugal, Romania, dan Vietnam.