Thursday, June 21, 2018
vital-top
updated 11:35 AM UTC, Jun 21, 2018

Liga Perdana Inggeris (EPL) - Chelsea 5 Everton 0 Dan Man. City 1 Middlesbrough 1

  • Published in Sukan

London - Chelsea bermain cemerlang dalam perlawanannya dan belasah Everton 5 - 0 dengan Eden Hazard menjaringkan dua gol, pada minit ke-19 dan minit ke-56.

Marcos Alonso menambah gol kedua pada minit ke20,  Costa menjadikan kedudukan 3-0 sebelum tamat separuh masa, Hazard jadikan gol keempat dan

Pedro gol kelima pada minit ke-65 apabila dia hanya sentuh bola ke dalam gawang yang kosong.

Everton menghabiskan sebahagian besar permainan pada separuh mereka sendiri, Chelsea mempamerkan persembahan yang dominan.

Sementara Manchester City seri dengan Middlesbrough 1 - 1, Sergio Aguero meletakkan City di depan, pada minit ke-43 dengan jaringan gol susulan hnataran silang dari

Kevin de Bruyne.

Pada masa kecederaan, minit ke-91, Marten de Roon menanduk masuk gol untuk Middlesbrough.

Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang lain:-

     Sunderland  2     Bournemouth  1

     Stoke 1        Wet Ham   1

     Burnley   3    Crystal Palace  2