Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Khairy Benarkan Penganjuran ACC 2018

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin membenarkan penganjuran Kejohanan lumba basikal  Asia ACC 2018 di Malaysia yang dibida oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia PKBM. 

Beliau telah menerima permohonan  PKBM dan akui tiada masalah penganjuran mengenai kejohanan yang mengikut akta pembangunan sukan 1997. 

Setiap persatuan-persatuan sukan di seluruh negara harus mengikut akta tersebut bagi sebarang  penganjuran kejohanan antarabangsa di Malaysia dengan  mendapat persetujuan dari Kementerian Belia dan Sukan terdahulu. 

Beliau ditemui pada sidang media sempena Majlis perundingan Belia negara kali ke 4 penggal ke 30 untuk tahun 2015-2016 serta Majlis pelancaran Program 1 belia 1 pengadil di PWTC .