Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Andy Murray Tempah Tiket Ke Pusingan Ketiga

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Bintang tenis nombor dua dunia, Andy Murray berjaya  menempah tiket ke pusingan ketiga menewaskan  Fernando Verdasco dalam rubber game, Kejohanan Tenis Terbuka Paris Masters, Perancis.

Dalam pertemuan ini Murray terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan jaguh sepanyol, Fernando Verdasco. 

Murray perlu mara ke final jika ingin merampas kedudukan nombor satu dunia, Novak Djokovic. 

Murray mudah menang set pertama 6-3, tetapi dikejutkan Verdasco tewas set kedua 6-7 untuk membawa perlawanan ke set penentuan. 

Di set penentuan, ternyata Verdasco tidak memberi laluan mudah buat Murray sekali lagi bermain dalam tie break. 

Akhirnya, tuah memihak Murray menang 7-5 untuk mara ke pusingan ketiga dengan keputusan 2-1, menang 6-3, 6-7 dan 7-5. 

Ia adalah kemenangan ke-16 berturut-turut bagi Murray 29 tahun, untuk terus  memburu kejuaraan keempat selepas muncul juara di Beijing, Shanghai dan Vienna.