Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

KFA Masih Perlukan Khidmat Tan Cheng Hoe

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Persatuan Bola Sepak Kedah, KFA memberi bayangan, masih memerlukan khidmat Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih bola sepak Kedah bagi saingan Liga Malaysia musim depan. 

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Mad Hanipah berkata perbincangan akan diadakan berhubung kontrak jurulatih itu bersama KFA yang tamat bulan ini. 

Mengenai kedudukan dua pemain, Mohd Rizal Ghazali dan Liridon Krasniqi yang mendapat perhatian Johor Darul Takzim JDT, beliau berkata ia terpulang kepada kedua-dua pemain tersebut untuk membuat keputusan. 

Mohd Rizal  yang juga pemain terbaik final Piala Malaysia masih mempunyai kontrak bersama KFA, manakala, kontrak Liridon akan tamat tahun ini. 

Beliau ditemui pemberita selepas meraikan pemain dan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Melayu Kedah PBMK  serta penyerahan bendera negeri di Wisma Darulaman, Alor Setar bagi menghadapi kejohanan bolasepak Piala Emas Raja- Raja 2016.