Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Hoki Piala Sultan Johor - Australia Di Tangga Teratas

Kuala Lumpur - Australia kini berada di tangga teratas kejohanan Hoki Piala Sultan Johor apabila berjaya membenam New Zealand 9-1. 

Perlawanan kedua bagi hari ketiga Piala Sultan Johor mula rancak apabila  kedua-dua pasukan sering berbalas serangan. 

Namun New Zealand terlebih dahulu berada di hadapan menerusi pukulan sudut Same Lane pada minit ke 9. 

Australia bangkit memperkemaskan serangan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 20 hasil gol padang Max Hendry. 

Berbaki 2 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Australia berjaya menambah dua gol menerusi pukulan sudut penalti Matthew Bird dan gol padang Blake Govers pada minit ke 34 dan 35 untuk Australia selesa dihadapan 3-1. 

Memasuki babak kedua, Australia terus menguasai permainan dan berjaya menambah gol ke 4 pada minit ke 41 melalui pukulan sudut Andrew Scanlon. 

Australia terus menjarakkan kedudukan pada minit ke 53 untuk mata ke 5 hasil jaringan Arunasalam. 

Selang tiga minit kemudian, Govers Blake sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring gol ke 6 Australia menerusi pukulan kencang di dalam kotak D. 

Pertahanan New Zealand terus dihukum apabila Australia berjaya menambah gol ke 7 menerusi penyerang berbisa mereka Matthew Bird. 

Australia terus berpesta gol dengan jaringan ke 8 menerusi Max pada minti ke 63. 

Pesta gol Australia diakhiri hasil pukulan sudut penalti Gerrard Frazer pada minit ke 66 untuk go ke 9. 

Tamat perlawanan Australia 9 New Zealand 1.