Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 12:01 PM UTC, Jun 25, 2018

Hoki - Malaysia Kekal Diposisi Kelima Kumpulan

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Anak buah Wallace Tan mensia-siakan peluang untuk mencatat kemenangan sulung dalam kempen kali ini apabila terikat dua sama dengan Australia dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2016. 

Mendahului sebanyak dua kali tetapi kealpaan pertahanan bawa padah. 

Aksi seimbang dipamerkan pasukan remaja kebangsaan pada separuh masa pertama untuk  mengikat kedudukan 0-0. 

Jaringan Nik Aiman Nik Rosemi minit ke-40 melalui pukulan sudut penalti meletakkan skuad negara 1-0 di depan. 

Namun, Australia kembali menyamakan kedudukan satu sama minit ke-58 juga melalui pukulan sudut penalti Tom Craig. 

Seminit kemudian, skuad Wallace Tan pantas, menambah jaringan padang Zulhamizan Muhamad untuk kedudukan 2-1. 

Tetapi, kelekaan dan hilang fokus empat minit sebelum tamat perlawanan, membawa padah apabila Kiran Arussalam menjaringkan gol penyamaan dua sama Australia. 

Keputusan ini meletakkan Malaysia kekal diposisi kelima kumpulan selepas 2 perlawanan. 

Jurulatih negara Wallace Tan, ternyata sedikit kecewa sekali kelekaan menewaskan skuad negara. 

Beliau berharap pemain akan lebih fokus dan tersusun ketika menentang Pakistan nanti.