Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Nicol Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Wadi Degla

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol David mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Wadi Degla, Kaherah, Mesir selepas berjaya menundukkan pemain tuan rumah, Nour El Tayeb. 

Di suku akhir, Nicol, pemain rangking kelima lima dunia PSA, terpaksa berkerja keras  sebelum menewaskan pemain pilihan kelima dari Mesir dalam selama satu jam. 

Akhirnya, Datuk Nicol David yang juga merupakan pilihan utama kejohanan, berjaya menjinakkan Nour El Tayeb 6-11, 12-10, 11-8, dan 11-8. 

Nicol dijadual bertemu seorang lagi pemain Mesir, Raneem El Welily dalam perlawanan separuh akhir Jumaat ini. 

Pilihan ketiga, Raneem El Welily mara ke separuh akhir selepas menewaskan pilihan kelapan dari Australia, Donna Urquhat.