Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 2:02 AM UTC, Dec 14, 2017

Hadiah RM18,000 Menanti Pemenang Juara Joran

  • Published in Sukan

Seremban - Hadiah keseluruhan berjumlah RM18,000 menanti pemenang pertandingan memancing 'Juara Joran' sempena Festival Taman Tasik Seremban 2016 anjuran Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di Taman Tasik Seremban Fasa 2 dan 3 di sini pada 13 Nov ini.

Menurut laman sesawang rasmi MPS, juara pertandingan itu akan membawa pulang RM8,000; naib juara RM5,000; tempat ketiga RM3,000; keempat RM1,000 manakala tempat kelima hingga kesepuluh, masing-masing menerima RM200.

"Selain hadiah untuk pemenang pertandingan, penganjur juga menawarkan hadiah cabutan bertuah kepada peserta," menurut kenyataan itu.

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

Yuran penyertaan RM70 untuk satu joran dan peserta boleh mendaftar lebih daripada satu joran.

Borang penyertaan boleh didapati di laman sesawang rasmi MPS iaitu http://www.mpsns.gov.my atau Facebook rasmi MPS.

Pendaftaran bermula pada 17 Okt hingga 12 Nov ini.

Pertanyaan lanjut mengenai pertandingan itu boleh menghubungi Jabatan Taman dan Landskap MPS di talian 06-7667683.