Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

PBSMM Jadikan Kejayaan MISC-Mifa Sebagai Inspirasi

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia, PBSMM tekad menjadikan kejayaan MISC-Mifa menjulang Piala FAM 2016 sebagai inspirasi untuk menempuh saingan musim pertama dalam Liga FAM tahun depan. 

Kejohanan Piala Emas Raja-Raja ke 76, bakal bermula Khamis sehingga Ahad ini akan digunakan untuk mengenalpasti pemain yang boleh diserapkan bagi membentuk pasukan PBSMM yang mantap. 

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media selepas majlis pengumuman jadual perlawanan Piala Emas Raja-Raja 2016.

16 pasukan bakal berentap dalam kejohanan kali ini. 

MISC MIFA muncul juara Piala FAM dengan menumpaskan PKNP FC dengan agregat 3-1 selepas menang 1-0 di Stadium Shah Alam dan 2-1 pada final kedua di Stadium Perak, sekaligus melayakkan PBSMM, bersaing dalam Liga Perdana musim depan.