Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Hoki Remaja Kebangsaan Akur Dengan Kehebatan England

Johor Bahru - Skuad Hoki Remaja kebangsaan terpaksa akur dengan kehebatan England apabila tewas 3 -1 pada perlawanan pembukaan Piala Sultan Johor Di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. 

Walaupun mempunyai beberapa pemain remaja yang beraksi di Liga Hoki Australia, pasukan negara gagal menyaingi kehebatan England yang layak ke Piala Dunia Hoki remaja, Disember ini di India. 

Tuan rumah yang bermula garang sejak awal permainan gagal mengatur gerak untuk menjaringkan gol. 

Bagaimanapun, pelawat terlebih dahulu di hadapan menerusi gol padang Nick Page pada minit ke 18. 

Tersentak dengan jaringan itu anak buah Wallace Tan terus memperkemas serangan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang Mohd Akhimullah Anuar Esook pada minit ke 22. 

Selang dua minit kemudian, anak buah Jon Bleby kembali dihadapan menerusi pukulan sudut penalti Will Calnan pada minit ke 24. 

Memasuki babak kedua, rentak permainan semakin rancak apabila masing-masing berbalas serangan. 

England terus berjaya menjarakkan kedudukan 3-1 hasil gol padang Christhoper Proctor pada minit ke 57. 

Tamat perlawanan, England 3 Malaysia 1.