Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Rizal Ghazali Harus Kekal Konsisten

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Pemain Pertahanan Kedah, Rizal Ghazali harus kekal konsisten menjelang saingan Piala Suzuki AFF Cup tidak lama lagi, itu yang ditegaskan Ketua Jurulatih Kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee. 

Meskipun diumum pemain terbaik akhir perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, namun harus mempamerkan aksi berkualiti bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan. 

Setakat ini 18 pemain yang dipanggil sudah berada di kem latihan manakala 8 pemain terlibat saingan akhir Piala Malaysia dari Kedah dan Selangor akan melapor diri hari ini. 

Skuad kebangsaan juga bakal menjalani latihan kem bina semangat di Port Dickson selama tiga hari bermula esok. 

Datuk Ong Kim Swee ditemui di Wisma FAM di Kelana Jaya pada sesi latihan pasukan kebangsaan.