Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Yang di-Pertuan Agong Rai Pasukan Bola Sepak Kedah

Kuala Lumpur - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis santapan malam meraikan pasukan Kedah, Juara Piala Malaysia 2016, di Dewan Serbaguna Istana Negara. 

Turut berangkat Tunku Temenggong Kedah, Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badli Shah; Tunku Laksamana Kedah, Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badli Shah dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim dan ahli jemaah pemangku Sultan Kedah. 

Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Kemenangan itu, menjadi hadiah paling istimewa sempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. 

Baginda turut menyerahkan imbuhan kepada jurulatih, penolong  jurulatih dan kesemua pemain