Thursday, June 21, 2018
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Jun 21, 2018

Kejohanan 'Ragbi Super Eight' IPT 2016

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Kejohanan 'Ragbi Super Eight' IPT 2016,  akan berlangsung pada 14 hingga 20 November ini. 

Lapan pasukan daripada Lapan Institusi Pengajian Tinggi  mengambil bahagian. 

Kejohanan kali ketiga akan berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang. 

Ia anjuran bersama UPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi. 

Selain UPM selaku juara bertahan, antara pasukan lain yang bertanding ialah UiTM, UTM, UIAM, UNITEN dan MMU Melaka. 

Hadiah wang tunai RM5000 menanti Juara. Manakala naib juara RM3000 , dan tempat ketiga, RM1500. 

Sementara itu, satu perlawanan ragbi persahabatan wanita, antara UPM dan UiTM, akan diadakan sebelum perlawanan akhir, 20 November ini. 

Ia sebagai usaha menggalak penyertaan wanita dalam sukan ragbi.