Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Kejuaraan Silat Remaja Dunia Medan IPSI Pilih Atlet Berpotensi Ke Dua Temasya Sukan

Kuala Lumpur - Kejuaraan Silat Remaja Dunia 2015 yang sedang berlangsung di sini menjadi medan terbaik untuk Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) mengenal pasti atlet berpotensi bagi disenaraikan ke Sukan SEA 2017.

Anggota Jawatankuasa IPSI, Zulher Usman Yahya berkata kejohanan itu yang kali terakhir diadakan di Singapura pada 2008 turut menjadi medan awal pihaknya memilih pesilat berpotensi bagi mewakili Indonesia pada Sukan Asia 2018 yang dianjurkan republik itu.

"Untuk kejohanan ini, kita hanya menurunkan barisan kedua skuad remaja untuk melihat kemampuan mereka.

"Menerusi kejohanan ini juga, kita dapat lihat atlet mana yang wajar diberi peluang mewakili Indonesia pada kedua-dua temasya sukan itu nanti," katanya.