Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Kedah Juara TM Piala Malaysia 2016

  • Published in Sukan

Shah Alam - Rizal Ghazali memberikan malam gemilang buat Kedah apabila sepakan penaltinya berjaya menjulang Kedah selaku juara TM Piala Malaysia 2016.

Sekaligus membalas dendam kekalahan mereka pada Selangor aksi final musim lalu.

Perlawanan bermula rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan di Stadium Shah Alam.

Aksi agresif turut ditunjukkan kedua pasukan, namun kedudukan terikat 0-0 di akhir babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, Selangor terlebih dahulu mengancam gawang Kedah dengan serangan bertali arus.

Namun Lang Merah berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-52 melalui rembatan deras Rizal Ghazali yang terkena badan S.Veenod sebelum menerjah jaring menewaskan Khairul Azhan.

Red Giants bagaimanapun tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan.

Hazwan Bakri muncul penjaring untuk Selangor apabila menyudahkan gerakan yang dimulakannya dari tengah padang pada minit ke 59.

Kedudukan kekal sehingga tamat masa tambahan dan juara ditentukan melalui sepakan penalti.

Rizal Ghazali muncul wira Kedah dengan jaringan penalti terakhirnya,  sekaligus  memadamkan kegagalan Shane Smeltz dan Amirul Hisham sebelum itu.

Tamat perlawanan, Kedah menjulang Piala Malaysia edisi ke 90.