Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Liga Perdana Inggeris - Man. City 4 West Brom 0, Liverpool 4 Crystal Palace 2 Dan Arsenal 4 Sunderland 1

  • Published in Sukan

London - Manchester City kembali mendahului Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan bergaya, membelasah West Brom 4 - 0 dan pengurusnya, Guardiola gembira setelah Manchester City sebelum ini tidak memperolehi kemenangan dalam enam perlawanan.

Sergio Aguero dan Ilkay Gundogan, menjaringkan dua orang masing-masing untuk memberi kelebihan kepada pasukan Manchester City.

Liverpool pula menang 4 - 2, kalahkan Crystal Palace dan kini sama mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan Arsenal.

Gol daripada Emre Can, Dejan Lovren, Joel Matip dan Roberto Firmino meraih kemenangan kali kelima untuk Reds.

Manakala, Arsenal mendapat kemenangan selesa ke atas pasukan Sunderland dengan skor 4 - 1, Alexis Sanchez meletakkan Gunners hadapan sebelum Jermain Defoe menyamakan kedudukan melalui penalti.

Walau bagaimanapun, Arsenal menegaskan semula kuasa mereka dan memimpin dengan tiga gol dalam tempoh enam minit dan 20 saat.

Berikut adalah keputusan perlawanan lain Liga Perdana Inggeris:-

                        Burnley  0   Man. Utd  0

                     Middlesbrough  2  Bournemouth  0

                      Tottenham  1    Leicester  1

                      Wartford  1  Hull  0