Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

ATT Vienna - Andy Murray Mara Ke Separuh Akhir

Vienna : Andy Murray menewaskan John Isner dalam tujuh pertemuan, awal pagi tadi sekali gus mara ke separuh akhir ATP Vienna.

Kemenangan itu juga menyaksikan beliau semakin hampir dalam pemburuannya untuk merampas status pemain nombor satu dunia daripada Novak Djokovic.

Murray yang juga juara edisi 2014 melakar kemenangan 6-1, 6-3 ke atas Isner dari Amerika Syarikat yang terpaksa mendapatkan rawatan susulan kecederaan tangan kanannya di set kedua.

Beliau kini sudah merekodkan 68 kemenangan sepanjang tahun 2016 dan melakar 14 kemenangan berturut-turut.

Murray perlu menjuarai kejohanan di Vienna termasuk Paris Masters, minggu depan bagi merampas status pemain nombor satu dunia daripada Djokovic. - AFP