Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 2:02 AM UTC, Dec 14, 2017

Lebih 2,000 Anggota Polis Bertugas Pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia

  • Published in Sukan

Shah Alam - Polis akan mengetatkan kawalan keselamatan dengan menempatkan 2,093 anggota bagi memastikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah berjalan lancar tanpa sebarang gangguan di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata polis akan dibantu 350 anggota keselamatan lain termasuk yang disediakan penganjur dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Beliau berkata dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Shafien berkata polis akan melakukan pemeriksaan badan terhadap setiap penyokong dan akan dibantu unit anjing pengesan di semua pintu masuk stadium sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut Shafien, pintu stadium akan dibuka seawal 4 petang bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada penyokong yang datang lebih awal sebelum perlawanan bermula pada 9 malam.

Selangor berdepan Kedah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 setelah menang dengan agregat 5-1 ke atas T-Team manakala Kedah menang agregat 2-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi separuh akhir.