Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

Malaysia Bakal Turun Tanpa Faizal

  • Published in Sukan

Kuantan - Skuad negara bakal kehilangan khidmat penyerang, Faizal Saari dalam aksi penting menentang Pakistan di separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Juara-Juara Asia 2016 di Stadium Hoki Kuantan, di sini esok. 

Ini berikutan pemain berusia 25 tahun itu mungkin memilih untuk bersama isterinya yang dijangka bersalin pada bila-bila masa sahaja.

Jurulatih negara, Stephen Van Huizen berkata skuad itu menyedari situasi yang sedang dihadapi dan bersedia andainya Faizal mahu berada di sisi isterinya.

Beliau berkata dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Stephen tidak mahu pemainnya memandang mudah cabaran Pakistan yang mereka tewaskan 4-2 dalam aksi pertama kejohanan ini, kerana kedua-dua pasukan mempunyai misi penting mencari tiket ke final.

Stephen juga berkata pemainnya telah bersedia dan akan menjalani latihan tambahan pukulan penalti sebagai persediaan menentang Pakistan.

Bagi ketua pasukan Shukri Mutalib, pemain negara perlu berhati-hati dengan pukulan sudut penalti dan penyudah yang menjadi kelebihan kepada Pakistan.

Menurutnya walaupun Malaysia menewaskan Pakistan dalam perlawanan pembukaan, lawan itu menunjukkan mereka bermain semakin baik pada setiap perlawanan.