Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 8:43 AM UTC, Dec 14, 2017

Liga FAM - MISC-MIFA Juara Kalahkan PKNP 2-1

  • Published in Sukan

Perak - Majlis Sukan India Malaysia, Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) muncul juara Liga FAM selepas menewaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak - PKNP, 2-1 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Perak, malam tadi.. 

Jaringan pada minit ke-4 oleh A.M Yoges dan Muhammad Munawwar Shavukath Ali minit ke-67 melayakkan MISC-MIFA meraih gelaran itu dengan agregat 3-0.

Jaringan tunggal PKNP diperoleh menerusi Muhamad Mazni Khairul Hasnan pada minit ke-72 hasil rembatan kencang daripada luar kotak penalti. 

Dengan kejayaan itu, MISC-MIFA meraih hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 , manakala PKNP sebagai naib juara menerima RM 100,000.

Hadiah disampaikan Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah, disaksikan Naib Presiden FAM, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. 

Dianggarkan, hampir 10,000 penyokong hadir menyaksikan perlawanan akhir kedua itu.