Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 8:43 AM UTC, Dec 14, 2017

Pemilihan Pemain Terengganu Diserahkan Kepada Irfan

  • Published in Sukan

Kuala Berang - Urusan pemilihan pemain Terengganu diserahkan sepenuhnya kepada Irfan Bakti selaku ketua jurulatih untuk menentukan barisan pemain pada musim depan. 

Irfan akan memulakan tugas sebagai jurulatih Skuad Penyu Disember ini, dengan panel penolong jurulatih pilihannya sendiri. 

Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato Rozi Mamat memberi amaran kepada mana- mana pihak agar tidak campur tangan. 

Menurutnya pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya akan menumpukan hal berkaitan pengurusan dan kebajikan para pemain. 

Pemilihan Irfan sebagai ketua jurulatih menamatkan teka teki siapa yang akan membimbing pasukan Hitam Putih. 

Ia sekaligus melegakan para penyokong skuad Peteh yang pastinya mengharapkan Terengganu kembali bangkit tahun depan.