Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

PKBM Serah Keputusan Penganjuran ACC 2018 Kepada Menteri Belia dan Sukan

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyerahkan sepenuhnya kepada Menteri Belia dan Sukan, untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan penganjuran Trek Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2018 atau sebaliknya. 

Sebelum ini, Khairy membidas Presidennya, Datuk Abu Samah Abdul Wahab kerana tidak mengetahui prosedur sebelum membida acara trek kejohanan lumba basikal bertaraf Asia itu. 

Menurut Datuk Abu Samah, pihaknya telah memberi penjelasan sewajarnya mengenai isu berkenaan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PSM) seperti diminta Khairy. 

PKBM tidak memperjelaskan perkara berkenaan kepada pihak kementerian kerana pada pemahaman Datuk Abu Samah, hanya individu atau syarikat perlu merujuk kepada Menteri dan bukannya Persatuan Sukan sekiranya mahu menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa selaras Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan 1997. 

PKBM telah membida untuk menjadi tuan rumah Kejohanan ACC 2018 bersama Thailand dan Korea Selatan, namun dua negara tersebut menarik diri membolehkan Malaysia mendapat hak penganjuran.

Sementara itu, Khairy dalam reaksinya meminta PKBM untuk menulis surat secara rasmi kepada beliau. 

Ia bagi menawarkan diri untuk penganjuran Trek Kejohanan (ACC) 2018 dan langkah tersebut perlu dibuat berlandaskan keperluan undang-undang dan bukannya pentadbiran.