Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Penganjuran F1 Kemungkinan Diberhentikan Atas Faktor Kos

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Penganjuran Formula Satu (F-One) berkemungkinan dihentikan seketika berikutan faktor kos yang tinggi, dan tidak memberikan pulangan yang memberangsangkan kepada negara. 

Jelas Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin, penganjuran F-One ketika ini, langsung tidak melibatkan pemandu negara, sekaligus tiada peluang kepada mekanik negara untuk turut serta berikutan ketiadaan tajaan. 

Menurut Khairy, situasi kini juga berbeza berbanding ketika F1 mula dibawa masuk. 

Malaysia merupakan tuan rumah kedua yang menganjurkannya di Asia selepas Jepun. 

Namun, ketika ini wujud persaingan yang semakin besar selepas Singapura, China dan negara Timur Tengah turut mendapat hak penganjuran-nya. 

Ia telah memberikan kesan kepada publisiti, kehadiran pelancong dan pulangan. 

Khairy menyatakannya selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas Tahun 2016 di Bangi, Selangor. 

Malaysia mula menganjurkan F1 di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun 1999. 

Dan kali terakhir perlumbaan itu diadakan 2 Oktober lalu,  yang dimenangi pemandu Red Bull Racing, Daniel Ricciardo dari Australia.