Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Mohd Azizulhasni Terima Insentif Dari Kerajaan Negeri Terengganu

  • Published in Sukan

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio,  Mohd Azizulhasni Awang menerima anugerah dan insentif daripada Kerajaan Negeri Terengganu atas kejayaannya itu. 

The Pocketrocketman itu menerima satu unit pangpasapuri bernilai 250 ribu ringgit dan skim hadiah kemenangan bernilai 10 ribu ringgit 

Selain dua habuan itu, Azizul turut dilantik sebagai Duta bagi Kempen `BEAUTIFUL TERENGGANU 2017' untuk mempromosikan Tahun Melawat Terengganu tahun hadapan. 

Hadiah disampaikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dalam Majlis Meraikan Penggiat-penggiat Sukan, Penaja-penaja Sukan dan Wakil-wakil Olimpik. 

Turut diraikan pasukan yang cemerlang sepanjang tahun 2016 seperti Pasukan Hoki THT, Pasukan Berbasikal TSG dan anak-anak Terengganu yang mewakili negara ke Olimpik Rio.