Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 2:14 PM UTC, May 24, 2018

Cedera Kaki, Chong Wei Tarik Diri Terbuka Perancis

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur  - Penyertaan Datuk Lee Chong Wei dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin pada kejohanan badminton Terbuka Perancis telah berakhir.

Chong Wei, telah menarik diri dari kejohanan Superseries Terbuka Perancis yang menawarkan hadiah RM1.25 juta di Stade Pierre de Coubertin, Paris kerana kecederaan kaki.

Minggu lepas, Chong Wei mengalami kecederaan hamstring pada kaki kirinya ketika Terbuka Denmark yang menyaksikan beliau tewas kepada pemain Perancis, Brice Leverdez di peringkat suku akhir.

Beliau dijadualkan akan menyertai Terbuka Hong Kong dan Terbuka China bulan depan, tetapi penyertaannya itu kini belum dapat dipastikan.

Sementara itu, kempen Iskandar berakhir selepas tewas 11-21, 19-21 kepada pemain nombor 24 dunia, Shi Yuqi dari China pada pusingan pertama.