Sunday, May 20, 2018
vital-top
updated 3:56 PM UTC, May 20, 2018

Moto2 - Hafizh Syahrin Berazam Tamatkan Di Kelompok Lima Terbaik

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin berazam  untuk menamatkan perlumbaan di kelompok lima terbaik,  pada pusingan ke-17 GP DUNIA di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad ini. 

Beraksi di laman sendiri,  memberi banyak kelebihan buat Hafiz . 

Beliau ditemui  selepas Majlis  memperkenalkan pasukannya Raceline Petronas dan pelancaran jenama 'Pescao 55' di Petaling Jaya. 

Selain itu, Hafizh berharap dengan pelancaran jenama baharunya ini mampu memberi motivasi dan keyakinan tinggi untuk beraksi nanti. 

Di perlumbaan pusingan ke-16 Philip Island , Australia, Hafiz Syahrin gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabit kemalangan.