Thursday, June 21, 2018
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Jun 21, 2018

Liga Inggeris - Southampton Tewaskan Sunderland 1-0

  • Published in Sukan

Gol tunggal  Juan Mata,  sudah cukup buat Manchester United layak ke suku akhir, menewaskan juara bertahan, Manchester City, 1-0 di Old Trafford. 

Juan Mata menyudahkan hantaran Zlatan Ibrahimovic pada minit ke- 54. 

Turut layak ke suku akhir, West Ham United yang menewaskan Chelsea 2-1 di London. 

Gol The Hammers dijaringkan Cheikhou Kouyate pada minit ke- 11 dan Edimilson Fernandes pada minit ke- 48 sementara gol sagu hati Chelsea dijaringkan Gary Cahill pada penghujung perlawanan. 

Southampton pula menewaskan Sunderland 1-0 hasil sentuhan pemain termahal mereka, Sofiane Boufal pada minit ke- 66.