Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Nauraj Mahu Jalani Latihan Di Sydney

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa telah memohon untuk mengikuti latihan di bawah kendalian jurulatihnya, Alex Steward di Sydney, Australia. 

Permohonan itu telah dikemukakan dan kini sedang menunggu jawapan daripada Majlis Sukan Negara. 

Buat masa ini, Nauraj mengikuti program latihan yang telah ditetapkan oleh Steward melalui emel dan rakaman video memandangkan Steward berada di Australia.

Sebelum ini timbul kontroversi membabitkan kedudukan Steward sebagai jurulatih kepada Nauraj selepas jurulatih dari Australia itu didakwa lebih meluangkan masa bersama atlet negara kanggaru itu ketika Olimpik Rio Ogos lalu.