Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 2:02 AM UTC, Dec 14, 2017

Universiti Malaya Rai Atlet Cemerlang Olimpik Rio

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Universiti Malaya (UM) meraikan kecemerlangan tujuh pelajar universiti tersebut yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik Rio Ogos lalu. 

Mereka adalah ratu terjun negara Pandelela Rinong, atlet terjun Wendy Ng Yan Yee dan Ahmad Amsyar Azman, pasangan beregu badminton wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei, atlet lompat tinggi, Nauraj Singh Randhawa dan pemanah, Haziq Kamarudin. 

Atas kejayaan meraih pingat perak, Pandelela yang mengambil jurusan sains sukan dianugerahkan lanjutan biasiswa sehingga tamat pengajiannya. 

Buat atlet lain, mereka menerima plak penghargaan yang disampaikan Naib Canselor, Tan Sri Profesor Dr. Mohd Amin Jalaludin. 

Sementara itu, Pandelela jelas gembira dengan biasiswa yang diterimanya dan ia akan menjadi pembakar semangat kepadanya untuk menamatkan pengajiannya. 

Atlet kelahiran Sarawak berusia 23 tahun itu kini sedang berehat sementara daripada sukan terjun untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran. 

Pandelela menyasarkan untuk menamatkan pengajian dan menggenggam ijazah pada tahun 2018 iaitu dua tahun sebelum meneruskan pemburuan pingat Olimpik di Tokyo 2020.