Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

Kelantan Pertahan Piala Presiden

  • Published in Sukan

Kelantan mempertahankan kejuaraan Piala Presiden yang dimenangi musim lalu selepas menewaskan T-Team 2-0, pada aksi final kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Kelantan mengesahkan kejuaraan kedua berturut-turut dengan agregat 3-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada final pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, Selasa lalu. 

Ia adalah kejuaraan ketujuh Kelantan dalam sejarah Piala Presiden, sekali gus menjadi pasukan terbanyak menjuarai kejohanan itu sejak 1985.