Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Peminat Serbu Beli Tiket Dinal Piala Malaysia

Kuala Lumpur -Lebih seribu penyokong merah kuning membanjiri Stadium Shah Alam,  untuk membeli tiket Final Malaysia yang mula dijual hari ini.

Mereka sanggup beratur menunggu  sejak awal pagi.

Difahamkan, pembelian tiket RM50  bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun hanya terhad kepada empat tiket seorang.

Perlawanan kali ini dianggap sengit kerana mengulangi pertembungan final antara juara bertahan, Selangor dan Kedah pada tahun lalu.

72,000 tiket diperuntukkan untuk aksi final Piala Malaysia, pada 30 Oktober ini, yang menyaksikan pertemuan ulangan final 2015 antara Selangor dan Kedah.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) masing masing diperuntukkan 30,000 keping tiket.