Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Permaisuri Agong Berkenan Sertai Pro-Am Sime Darby LPGA Malaysia

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyertai acara golf Pro-Am sempena kejohanan golf Sime Darby LPGA Malaysia 2016 di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara di sini.

Ketibaan Seri Paduka kira-kira 6.45 pagi disambut pengerusi Sime Darby Berhad Tan Sri Abdul Ghani Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif TPC Kuala Lumpur Steven Thielke.

Tuanku Hajah Haminah kemudian bersarapan pagi bersama-sama peserta pertandingan sebelum memulakan acara.

Edisi ketujuh kejohanan golf Sime Darby LPGA Malaysia akan bermula esok hingga Ahad.

Kejohanan itu melibatkan 78 pemain golf profesional wanita termasuk pemain nombor satu dunia, Lydia Ko dari New Zealand dan juara bertahan, Jessica Korda dari Amerika Syarikat.

Sementara Kelly Tan dan Michelle Koh, dua pemain negara yang beraksi di Sukan Olimpik Rio baru-baru ini mengetuai cabaran Malaysia yang turut disertai Ainil Johani Abu Bakar, Aretha Pan, Nur Durriyah Damian, Ashley Lau, Winnie Ng, Natasha Oon dan Jean Chua.

Kejohanan golf Sime Darby LPGA Malaysia 2016 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$1.8 juta (kira-kira RM7.5 juta).