Thursday, June 21, 2018
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Jun 21, 2018

T'ganu Kumpul Tajaan RM35 Juta Untuk Tabung Pembangunan Sukan 2017

  • Published in Sukan

Kuala Terengganu - Tabung Pembangunan Sukan Negeri Terengganu mengumpul penajaan sebanyak RM35 juta untuk dana pembangunan sukan di negeri tersebut bagi tahun depan.

Menteri Besarnya Ahmad Razif Abdul Rahman berkata penajaan tersebut disumbangkan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dan pihak swasta.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis minum petang bersama penggiat dan penaja sukan serta wakil Olimpik 2016 di sini semalam.

Ahmad Razif berkata menerusi bajet 2017 yang akan dibentangkan pada bulan November ini, pihaknya juga akan mengumumkan satu skim baharu buat atlet Terengganu yang mewakili negara ke peringkat dunia.