Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Adam Norrodin Mahu Buat Yang Terbaii Di Sepang

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Biarpun dibayangi kehebatan Khairul Idham Pawi yang ternyata lebih menyinar musim ini, namun ia tidak  menggentarkan seorang lagi pelumba Moto 3 negara, Adam Norrodin. 

Bagi pelumba kelahiran Batu Pahat, Johor ini beliau dan Khairul atau lebih dikenali sebagai Super KIP tiada bezanya. 

Apa yang lebih penting adalah matlamat memenuhi sasaran untuk membuat yang terbaik dalam Moto GP Malaysia hujung minggu ini.

Jelas Adam lagi momentumnya kini berada dalam keadaan positif. 

Apatah lagi setelah menamatkan saingan dikedudukan yang meyakinkan 12 dan 11 pada perlumbaan GP Jepun dan Australia. 

Bagi seorang lagi rakan sepasukan dari Drive M7 SIC Racing Team, Jakub Kornfeil, beraksi di Litar Antarabangsa Sepang sememangnya detik yang ditunggu oleh pelumba berasal Republik Czech ini. 

Berbaki 2 lagi pusingan kalendar Moto GP, Kornfeil kini di kedudukan ke 11 dan Adam ke 27 daripada 32 pelumba secara keseluruhan.