Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Atlet Negara Perlu Kekalkan Prestasi - Khairy

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Atlet negara perlu kekalkan prestasi agar tidak merudum dan merosot selepas cemerlang di temasya Olimpik dan Paralimpik Rio 2016, tegas Menteri Belia dan sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang mahukan kejayaan berterusan untuk edisi seterusnya. 

Khairy Jamaluddin melihat sasaran kejayaan ini harus diteruskan pada sukan sea 2017 termasuk sukan asia,  sukan komanwel 2018 dan juga pada sukan olimpik di tokyo 2020 serta paralimpik. 

Sememangnya bukan mudah untuk mengulangi kejayaan di Rio namun beliau percaya antara ramuan kejayaan seorang atlet adalah jurulatih yang membimbing mereka. 

Beliau menyatakan demikian pada sidang media sempena persidangan kejurulatihan kebangsaan kali kedua  di seri kembangan, selangor. 

Persidangan ini adalah untuk kemantapan pembangunan kejurulatihan dari segi pengurusan dan pendidikan.