Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Kontrak MOTO GP - Datuk Razlan Razali Harap Kerajaan Sambung Kontrak Penganjuran Lebih Lama

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Berikutan  kontrak penganjuran Moto GP Malaysia yang bakal berakhir tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali berharap agar pihak kerajaan dapat menyambung kontrak penganjuran akan datang dalam tempoh lebih lama lagi. 

Jelas Datuk Razlan, berdasarkan pertemuannya bersama Perdana Menteri dan pelumba-pelumba moto 2 dan 3  negara di Parlimen, maklum balas yang diberikan Datuk Seri Najib Tun Razak, begitu positif. 

Beliau menyatakan demikian di Kuala Lumpur selepas sesi ramah mesra bersama media melibatkan pelumba pasukan Drive M7 SIC Racing Team Adam Norrodin dan Jacob Kornfeil di ibu negara. 

Untuk rekod  kontrak penganjuran ketika ini adalah 3 tahun.