Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Tiada Keistimewaan Untuk Khairy Dalam Skuad Polo Sukan Sea

Pekan - Tiada keistimewaan diberikan kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang telah disenarai pendek dalam pemilihan untuk skuad polo kebangsaan bagi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. 

Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pemilihan atlet adalah berdasarkan merit dan semua yang terlibat akan melalui proses saringan sebelum keputusan akhir dimuktamadkan. 

Mohamad Norza ditemui selepas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini.

Pada istiadat yang disempurnakan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu, Mohamad Norza dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri. 

Mohamad Norza berkata jika terpilih, beliau berharap Khairy bersama pemain lain akan berlatih bersungguh-sungguh bagi mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada kali terakhir acara itu dipertandingkan di Sukan SEA Korat, Thailand pada 2007. 

Khairy merupakan antara 12 pemain yang disenarai pendek Persatuan Polo Diraja Malaysia untuk beraksi dalam Sukan SEA tahun hadapan, bersama sebahagian besar pemain profesional yang pernah beraksi di Sukan SEA Korat.  

Jika terpilih untuk ke Sukan SEA yang akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos tahun depan, Khairy akan mencipta sejarah sebagai menteri pertama menyertai temasya itu.