Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

SSBJ Juara Bolasepak Piala Kementerian Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Saingan bolasepak Piala Kementerian Pendidikan Malaysia Bawah 14 tahun.

Jaringan Firdaus Khaironissam dan Amirul Azzim Md Ruzki memastikan Sekolah Sukan Bukit Jalil, (SSBJ), mencatat kemenangan 2-0 untuk muncul juara menewaskan Sekolah Sukan Selangor, SMK Seksyen 11.

Ini merupakan gelaran kedua S-S-B-J musim ini, setelah menjuarai saingan Liga Super Piala KPM pada bulan lalu.
  
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Mini SSTMI, menyaksikan SSBJ mendominasi saingan dan mencipta beberapa peluang terbaik menerusi gandingan Harith Naim Jaineh dan Muhammad Daniel Amali.

Gandingan itu hanya membuahkan hasil apabila SSBJ mendahului memecah kebuntuan di babak kedua perlawanan.

Firdaus Khaironissam menanduk masuk gol pertama, perlawanan untuk meletakkan SSBJ di depan 1-0 pada minit ke-43.

Lima minit kemudian, SSBJ mengesahkan kejuaraan menerusi jaringan Amirul Azzim yang menolak masuk umpanan rakan sepasukan dari jarak dekat.