Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Beregu V Shem-Wee Kiong Menang Gelaran Terbuka Denmark

  • Published in Sukan
Copahagen -  Beregu Malaysia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang  ketinggalan set pertama
berjaya bangkit dan mengatasi beregu Thailand, Bodin Isara-Nipitphon Phuangphuapet  dengan
keputusan 14-21, 22-20, 21-19.
 
Beregu utama Malaysia meraih gelaran pertama badminton siri super apabila memenangi Kejohanan
Terbuka Denmark di Odense Sports Park.
 
V Shem-Wee Kiong, yang menghuni ranking ketujuh dunia, bermain agak gugup       pada set pertama apabila tewas 14-21, tetapi bangkit untuk menang set kedua dengan 22-20 dan set ketiga 21-19.