Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Badminton Terbuka Denmark - V Shem, Wee Kiong Mara Ke Final

  • Published in Sukan

Copenhagen - Beregu lelaki Malaysia, Goh V Shem/Tan Wee Kiong kental dalam permainan mereka mengatasi beregu pilihan kedua kejohanan, Mathias Boe/Carsten Mogensen dengan catatan kemenangan 20-22, 21-15 dan 21-11 semalam.


Beregu negara itu bertungkus lumus dalam perlawanan selama 57  dan meningkatkan permainan mereka sedikit dan itu cukup untuk menidakkan kemaraan beregu Denmark Boe/Mogensen.

Pada final, V Shem/Wee Kiong dijadualkan bertemu beregu Thailand, Bodin Isara/Nipitphon Phuangphuapet yang menewaskan beregu pilihan ketujuh dari Indonesia, Angga Pratama/Ricky Karanda Suwardi 21-11 dan 21-18