Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

PKBM Langgar Prosedur Penganjuran Sukan Peringkat Antarabangsa

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Kementerian Belia dan Sukan, KBS, menjelaskan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, PKBM telah melanggar peruntukan seksyen 33 akta pembangunan sukan dalam prosedur penganjuran kejohanan sukan peringkat antarabangsa. 

Menteri Bertanggungjawab, Khairy Jamaludin Abu Bakar mengarahkan Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman menyiasat dan mengambil tindakan lanjut. 

Tiada mana-mana persatuan sukan atau individu dibenarkan membuat sebarang tawaran atau bidaan untuk menganjurkan kejohanan peringkat antarabangsa di Malaysia tanpa kelulusan bertulis daripada Kementerian Belia dan Sukan dahulu. 

PKBM dikatakan telah membuat bidaan sebagai tuan rumah kejohanan lumba basikal asia (ACC) 2018 tanpa mendapat kebenaran dan kelulusan KBS. 

Sehingga kini, KBS belum memberi sebarang kelulusan kepada PKBM tetapi sekiranya persatuan berkenaan sudah membuat tawaran atau bidaan  ini telah melanggari akta berkenaan. 

Malah, Khairy Jamaludin turut menjelaskan KBS tidak menerima sebarang surat daripada PKBM mengenai bidaan penganjuran  Kejohanan lumba basikal asia (ACC) 2018. 

Khairy Jamaluddin ditemui pada sidang media pada majlis penyampaian hadiah #HSNChallangeYourSelf dan Cabutan bertuah HSN21KM di Menara KBS Putrajaya.