Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

Piala FAM - PKNP FC Buru Kemenangan

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Menjelang perlawanan akhir pertama Piala FAM, MISC MIFA menentang PKNP FC malam ini di Stadium Shah Alam. 

Ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim mahu skuad kendaliannya mencipta jaringan di tempat lawan untuk kelebihan beraksi di tempat sendiri Khamis depan. 

Walaupun dibarisi ramai pemain muda, PKNP nyata tidak gugup untuk beraksi di pentas final. 

Pengalaman lapan pemain PKNP yang pernah merasa kejayaan meraih pingat emas sewaktu Sukan Malaysia, 

Sukma Sarawak Julai lalu pasti akan ditagih bagi memastikan misi memburu jaringan dapat dilunaskan. 

Sementara itu di kem MIFA FC, ketua jurulatihnya, Jacob Joseph mahu menyekat kemaraan jentera tengah dan serangan PKNP yang disifatkannya sebagai antara yang terbaik. 

Perlawanan kedua akan berlangsung di Stadium Perak, Ipoh yang setakat ini menjadi kubu kuat pasukan PKNP FC.