Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Hasrat JDT Ke Final Piala AFC Tidak Kesampaian

  • Published in Sukan

Hasrat Johor Darul Takzim, JDT untuk layak ke final Piala Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC tidak kesampaian selepas tewas kepada kelab dari India, Bengaluru FC 1-3 . 

Ketua pasukan Bengaluru FC, Sunil Chetri muncul wira menjaringkan dua gol pada minit ke 41 dan 67 untuk memadamkan gol pertama JDT yang dijaringkan Safiq Rahim pada minit ke 11. 

Gol ketiga Bengaluru FC pula dijaringkan pemain import Juan Antonio pada minit ke 76. 

Kemenangan itu membolehkan Bengaluru FC mencatat sejarah muncul kelab India pertama beraksi di final Piala AFC.