Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Piala Malaysia 2016 : Selangor Dan Kedah Bertemu Pada 30 Oktober Ini

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Pertembungan Selangor dan Kedah akan diadakan pada 30 Oktober diadakan di Stadium Shah Alam pada aksi perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2016.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia, FMLLP, Kevin Ramalingam dalam satu sidang media selepas mesyuarat koordinasi perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.

Sebanyak 70,000 tiket diperuntukkan untuk kedua pasukan.

Tiket akan mula dijual pada 26 Oktober, berharga RM50 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak di Stadium Darul Aman di Alor Star dan di Stadium Shah Alam.