Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Kejayaan Di Olimpik, Paralimpik Perlu Jadi Norma Baharu Kepada Kontinjen Negara - Khairy

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Kejayaan atlet di Sukan Olimpik dan Paralimpik perlu dijadikan satu norma kepada kontinjen negara yang akan bertanding ke temasya itu akan datang, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Menurutnya pencapaian itu tidak seharusnya menjadi perkara yang luar biasa untuk tahun ini sahaja, sebaliknya perlu menjadi penanda aras untuk kejohanan akan datang.

Beliau berkata demikian semasa menggulung usul bagi mengiktiraf dan mengucapkan tahniah kepada kontinjen negara yang mencatat kejayaan membanggakan pada Sukan Olimpik dan Paralimpik Rio 2016, pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Khairy juga percaya seluruh rakyat Malaysia juga dahagakan pencapaian yang sama atau lebih baik untuk kontinjen negara pada masa akan datang dan berharap sokongan itu akan diteruskan.