Friday, May 25, 2018
vital-top
updated 1:45 PM UTC, May 25, 2018

Johor Bakal Ada Pasukan Hoki, Berentap Di Liga Hoki Malaysia

  • Published in Sukan

Johor Bahru - Persatuan Hoki Johor dalam persiapan menubuhkan sebuah pasukan hokinya sendiri bagi membolehkan ia bertanding di Liga Hoki Malaysia (MHL) pada musim depan. 

Presidennya Datuk Md Jais Sarday berkata ketika ini, sudah terdapat 40 anak jati Johor yang rata-ratanya berusia bawah 18 tahun, tersenarai bagi membarisi pasukan itu.

Menurutnya, penubuhan pasukan ini adalah peluang penting untuk pihaknya mendedahkan anak-anak muda kepada lebih banyak pengalaman, sebelum Johor menghoskan Sukan Malaysia (Sukma) pada 2020.

Md Jais berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2016 (SOJC) kali keenam, di sini hari ini.

Md Jais berkata pada ketika ini, persatuan belum menetapkan nama khusus untuk pasukan itu, namun apa yang pasti pelancaran pasukan akan dibuat sebelum Februari depan.