Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Liga Perdana Inggeris - Chelsea 3 Leicester 0, Arsenal 3 Swansea 2 Dan Man City 1 Everton 1

  • Published in Sukan

London - Chelsea mengalahkan Leicester 3 - 0 dengan paparan permainan yang dominan di Stamford Bridge.

The Blues berada di hadapan dalam minit ke tujuh apabila Nemanja Matic menguis bola sudut hantaran Eden Hazard untuk Diego Costa untuk sumbat bola dalam gol lawan.

Pada minit ke-33, sepakan percuma David Luiz terkena tiang, dan bola sampai ke Hazard untuk masukkan dalam gol. Minit ke-80, pemain Victor Moses berjaya membawa gol ketiga untuk Chelsea.

Manakala Arsenal atasi Swansea 3 - 2, Theo Walcott menjaringkan dua gol dan Arsenal memenangi keenam permainan Liga Perdana berturut-turut, walaupun Swansea City bermain bersemangat.

Manchester City seri dengan Everton 1 - 1 dan penjaga gol Everton, Maarten Stekelenburg menyelamatkan dua penalti dalam perlawanan menentang Manchester City di Stadium Etihad.

Berikutnya dalah keputusan lain Liga Perdana Inggeris :-

     West Ham 1   Crystal Palace 0

     Tottenham  1   West Brom  1

     Bournemouth  6   Hull  1

     Stoke  2      Sunderland   0