Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Tenis - Djokovic Dan Murray Mara Ke Separuh Akhir Pertandingan Shanghai Masters

  • Published in Sukan

Shanghai - Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic bangkit daripada kekalahan set pertama untuk  mengatasi pemain Jerman Mischa Zverev manakala pemain Britain, Andy Murray kalahkan pemain Belgium, David Goffin untuk mara ke peringkat separuh akhir Pertandingan Shanghai Masters.

Djokovic 37 membuat beberapa kesilapan tawal pemainan sebelum menang 3-6 7-6 (4), 6-3 dan akan pertembung dengan pemain Sepanyol, Roberto Bautista Agut yang menewaskan pemain Perancis, Jo-Wilfried Tsonga 6-3, 6-4.

Pemain pilihan kedua, Andy Murray, yang kini telah memenangi 16 set berturut-turut dalam pertandingan ATP, kalahkan David Goffin dengan skor 6-2 6-2 untuk mencatat kemenangan kelima dalam lima perlawanan menentang Goffin.